Thursday 16 August 2012

Resepi: Siakap 3 Rasa

Menu berbuka puasa semalam. Berjaya memperbaiki masakan 3 Rasa yang sebelum ni Papa komplen tak berapa nak 'kick'. hehe..kali ni alhamdulillah sampai tak cukup :D

Siakap 3 Rasa

1 ekor siakap besar punya
1 labu bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 inci halia (hiris halus)
10 kiub nenas (potong dadu)
1 biji cili merah (hiris nipis)
1 biji tomato (potong dadu)
5 biji cili api (diketuk)
6 sudu besar sos cili thai
6 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Bersihkan ikan siakap dan belah sikit di bahagian atas kepala.
2. Garam kunyitkan ikan dan salutkan dengan tepung jagung sebelum digoreng garing. Setelah garing ketepikan.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang dan halia sampai layu.
2. Masukkan sos, tomato, nenas dan cili api. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah dan bancuhan tepung jagung dengan air. Kacau sehingga pekat dan perasakan dgn gula dan garam. Curah atas ikan siakap tadi. Shiapppppp!

*kalau suka lagi masam boleh letak lebih sos tomato atau cuka yer ;)
*disyorkan letak nenas sebab memang sangatttttt la sedap!


Kuah banjirrrrr..ikan lemas sudaa
posted from Bloggeroid

Tuesday 14 August 2012

Resepi: Cornflakes Madu

Kuih wajib dan yang paling senang menjelang raya. Tapi aku pun tak sure sempat ke dok sampai ke raya kuih ni sebab kat rumah ni ramai hantu cornflakes. hihi

Cornflakes Madu
1 kotak besar Kellogs Cornflakes
Setengah buku butter
5 sudu gula pasir
3 sudu madu
Semangkuk kecil/sepaket badam cincang
Semangkuk kecik kismis (dicincang)
Semangkuk ceri merah (dicincang)
Papercup kecil

Cara-cara:
1. Goreng kejap badam cincang supaya rangup.
2. Cairkan butter, gula dan madu dalam kuali. Masukkan cornflakes & badam dan kacau rata.
3. Angkat dan gaulkan bersama ceri dan kismis.
4. Letakkan dalam papercup dan bakar dalam microwave pada suhu 'medium low' selama 2-3 minit.
(ikut microwave korang macammana, try adjust suhu yg sesuai supaya adunan cornflakes tu melekat antara satu sama lain)
5. Selepas keluar dari microwave, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara ^___^

Cornflakes Madu

*aku guna microwave sebab oven boleh rosak pulak last menit. ish ish ish...tapi pakai microwave lagi cepat dan senang ~!

Resepi: Kari Ikan Tenggiri Kaw!

Sejak menjadi penganggur berjaya nih, boring dok umah..lagi bulan pose...
Tapi bagus jugak sebab the positive thing is finally aku dapat asah skill memasak...

Tadi buka puasa masak kari ikan tenggiri, sambal tumis tempoyak ikan bilis, pucuk paku masak lemak...kakak ngan abang ipar makan sambil geleng2 kepala...kakak kate pelik sebab sedap sangat..haha
Pergh...aneh...first time kakak aku puji, sebelum ni takde pun..
aku pulak taktau rasa kari tu sedap ke tak sebab aku masak je, yang tukang rasa ayah aku *time bulan pose, rasa sambil ludah berkali2 la, takut tertelan, hehe*
Lagipun aku tak suka kari ikan ke gulai ikan ke, ikan masak stim ke, 
"kite cuke ikan goyeng tajeeeee"<-----ikut pelat Cikandar

Kari Ikan Tenggiri Kaw~~! (7-8 orang)
*sorry gambar takde, tak sempat nak ambil. huhu*

1 ekor ikan tenggiri
1 paket kecik serbuk kari ikan Baba's
Pes rempah kari & cili kisar (kat pasar basah selalu ada)
1 labu bawang besar (belah 4)
2 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji tomato (belah 4)
2 tangkai daun kari
Kacang bendi
1 cawan air asam jawa
3 senduk santan pekat
500 ml air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Bersih dan toskan ikan. Tak payah buang insang sebab biasanya tenggiri insangnya dimakan jugak.
2. Panaskan minyak dan tumis daun kari, bawang merah dan putih hingga layu.
3. Masukkan pes rempah kari, serbuk kari ikan Baba's, dan tumis hingga naik bau.
4. Masukkan air, air asam jawa, bawang besar dan tomato. Kacau rata.
5. Masukkan santan dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
6. Setelah mendidih, masukkan ikan dan kacang bendi. Biarkan mendidih & siap untuk dihidang.

Yang buat kari ni kaw & pedas sbb extra pes rempah tu...nasib baik papa beli..buatnye kalau disuruhnye masak 1 kilo ikan guna peket kecik tu je memang tak puas hati la kan. Pape pun homemade rempah memang terbaek!! Nak tau camne buat rempah kari ikan sendiri? Senang je...hehe

Rempah Kari Ikan 
5 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis/kasar
Setengah sudu teh jintan putih/halus
Setengah sudu teh lada hitam
15-20 tangkai lada kering
1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan-bahan kat atas (kecuali serbuk kunyit) sume digoreng tanpa minyak sehingga naik bau. Pastu blend halus, tambahkan serbuk kunyit dan simpan dalam bekas kedap udara. :)

Monday 6 August 2012

Leftenan Komander Datuk Lee Chong Wei, You Are Our Hero!!

HERO KITA!!!!!! *tepuk tepuk*

Assalamualaikum..

Semalam adalah perlawanan akhir hero badminton kita, Datuk Lee Chong Wei (DCLW) menentang musuh tradisi, Lin Dan 'Injert'...korang konfem2 dok berkumpul depan tivi sambil jadi coach simpanan semalamkan? huahua...cakap orang aku pun sama daa...

Macam biasa, kalau DLCW lawan Lindan memang aku ade risiko kena hat-etek. berdebor-debor nak luruh jantung den...dan akhirnya semalam kita menyaksikan DLCW terpaksa mengaku kalah dengan incik Injert...hukhuk...tipu la kalau aku tak sedih...satu mesia sedih...tapi DLCW lagiiiiiiiiiiiiiiiii frust & sedih...sedih aku tengok dia sedih sampai menitiskan air mata...asyik mintak maaf je kat Twitter & dalam interview...wuwuwuwu T_________T

sedih2 mane pun kita, dia mesti lagi kecewa..yedok?


It's okay DLCW, we Malaysians will always be your loyal supporters. You did great yesterday! It doesn't matter whether you win or not, you are still our hero! Under the name of badminton you unite us despite of gender, race & religion and we can't thank you more for that. WE LOVE YOU DATUK LEE CHONG WEI!! MALAYSIA BOLEH!!!*terlebih fangirl sudaa...ade aku kesah???*

Sebenarnye aku kesian kat DLCW...bila la BAM nak wujudkan pelapis mantap untuk hero kite ni..asyik harapkan DLCW je yang dok pungut emas, macam team Portugal harapkan si Ronaldo je *tetibe*. Dalam mana2 sukan pon la, squash ke, menembak ke, lumba basikal ke, kalau dok asyik harapkan sorang atlit mantap dan yang sorang tu je la kumpul pingat tak ke mana la industri sukan negara Malaysia ni.
Lagi satu aku tengok orang Melayu macam kurang je yang main badminton nih...Chinese je ramai? Takkan nak main bola sepak je kot? Hmm...aku ni kalau tak patah tangan hari tu ntah2 dah join team badminton Mesia kot eheheheee...tapi nak buat guane, dah 'injert'...doktor tak kasi main guna raket beria. dok umah main guli je la  T______T

SALUTE! Leftenan Komander (Kehormat) Datuk Lee Chong Wei (PSSTLDM)


Kenapa tajuk entry kat atas ada gelaran 'LEFTENAN KOMANDER'?
Haa...buat kamu2 yang kurang tengok berita & kurang bace suratkabar, pada 1 Mei lepas DLCW dah dilantik oleh TLDM sebagai Pegawai Kehormat dalam PSSTLDM (Pasukan Simpanan Sukarelawan TLDM), yang membawa gelaran 'Leftenan Komander (Kehormat)'. Perlantikan ini adalah salah satu langkah untuk menarik minat golongan profesional untuk menyertai PSSTLDM. Perlantikan DLCW is a smart choice bcoz smart giler dia pakai uniform putih tu..men with uniform...i likeeeeeeee ~~ hihi.

Akhir kate, jom kite hayati ape yang dikatakan oleh sorang commentator ESPN ni:

"Lee Chong Wei is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts."


Dan ini juga:

Bye!



Thursday 2 August 2012

Resepi: Udang Masak Merah

Assalamualaikum blogwalkers yang someyyy..

Dah masuk hari ke-13 dah kan kite berpuasa? Kejap je...

Hari ni lauk berbuka adalah hidangan authentic orang Pahang, gulai ikan patin..
Tapi kite tak makan ikan patin, huhu...*tak cukup Pahang kite nih*
Papa yang masak, tapi bapakla awal dia masak, pukul 1 dah siap!
Time kasih la Appa sebab meringankan kerja sayeeeee ~

Oleh sebab tak makan ikan patin, kena la masak lauk lain..bukak peti den tengok ado udang..
Molekkkkkk. Pantau punye pantau bahan yg ade kat dapur nun den decide la nak buek Udang Masak Merah, or Udang Masak Pedas, or Sambal Udang. hehe..

Alhamdulillah, tersedap la pulak...licin adik-adik makan :)

Udang Masak Merah

Bahan-bahan:
20 ekor udang saiz sederhana
2 biji bawang merah - ditumbuk
3 biji bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
3 sudu cili giling
5 biji cili api (nak pedas tambah lagi) - ditumbuk
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
Sebatang serai - diketuk
Sebatang cili merah - dihiris
Sedikit air asam jawa
Secukup Rasa, garam dan gula

Cara-cara:
1. Bersihkan udang dan goreng separuh masak, ketepikan.
2. Dalam minyak goreng udang tadi, tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan cili merah, cili giling dan serai, masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam, cili merah, sos tomato dan sos cili. Gaul rata dan tambahkan air kalau nak lebih berkuah.
5. Perasakan dengan Secukup Rasa, gula & garam. Kemudian baru masukkan udang tadi. Kacau sekejap dan hidang.


Ache tengok tu..merioh beno kalernye..ehehehe



Pic Instagram yang buat followers terliur..

posted from Bloggeroid

Tuesday 24 July 2012

Resepi: Kerang Bakar Portugese Grill

Assalamualaikum blogwalkers yang comel ;)

Alhamdulillah, masuk hari ke-4 dah kita berpuasa kan?
Korang masak ape?

Lauk berbuka kitorang hari ni adelah kerang bakar & kari kepala ikan tenggiri.
Kerang bakar tu saye masak, kari ikan papa yang masak.
Teringin pulak nak makan kerang bakar ala2 Portugese Grill kat Oasis Mid Valley tuh..
Sape yang tau mesti dapat bayangkan kan camne rase dia..perghhhhhhhh.
Pedas ngan tambah lagi rase belacan menyengat sampai berair hidung woo..huhu...sodapppp!
So saye pun try la mengagak ramuan2 yg dorang guna untuk masak rencah dia tu kan..
Ni agakan je tau..kalau nak cuba dipersilakan, tapi kalau tak kena rasa jangan marahhhhh..huhu
*tapi kalau ikut tekak saye betul dah rasa dia gini..huhu*

Kerang Bakar Ala Portugese Grill
2 mangkuk kecil kerang
Sedikit bawang besar (dimayang)
Air asam jawa, gula & garam secukupnya
Daun limau purut

Bahan kisar:
1 batang serai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili api (kalau nak lagi pedas sila tambah lagi)
1 inci lengkuas/halia
Belacan (ikut suka)
2 sudu besar cili giling
Sedikit air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau/pecah minyak.
2. Tambah air asam, gula & garam. Kalau nak berkuah sikit tambah air. Masak sampai pekat & naik bau.
3. Letak kerang dalam aluminium foil, dan tuang bahan tumis tadi tu atas kerang. 
4. Bubuh daun limau purut & bawang yang dah dimayang tu kat atas kerang dan bungkus.
5. Bakar dalam oven atau di dapur sampai masak. Jangan lama sangat nanti kering pulak ye.

patutnye camni la rupa dia, bila dah bukak aluminium foil tu.


setelah dihidang. waicehhhhh.

Sunday 22 July 2012

Nasihat Yang Pedas Tapi Benar!

Copied from facebook Muhammad Rusydi:


" Nasihat dari the real Imam Muda. Ustaz Zakuan a.k.a Ibnu Batoota yang dah merantau ke segenap pelosok dunia berdakwah walaupun umurnya masih remaja.

--------------------------------------

Nasihat beliau buat semua Muslimat:-

"Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang sudah hilang semangat jihadnya?

Sudah hilang kekuatan hati?

Sudah hilang ketabahannya?

Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas, cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah, mereka lemah lembut tapi sangat kental, hati sekuat besi waja, tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, tak tergedik-gedik bila lelaki cuit.

Maka aku pun mengambil langkah untuk jadikan facebook ku sebagai malaikat maut bagi kaum Hawa, untuk mentarbiah hati mereka agar kuat, kental dan tabah! "




TU DIAAAAAAAAA~~~~~



"Bukan Salah Saya.."

Assalamualaikum...

Hari ni hari kedua puasa...sekarang pukul 12:46 pm..
Agak boring sebab patutnye sekarang waktu Cik Zara ke dapur.
Oleh sebab tak payah masak, hari ni nak buat entri banyak2 ler...boleh?

Untuk entri ni saje mengade nak guna kata ganti nama 'saya'. eheee ;P

Saye terjumpa status update dari facebook Aku Islam yang amat menarik perhatian...



" Sayangilah seseorang kerana Allah. Apabila dia pergi, kita tidak terlalu sedih. Apabila dia dekat, kita cuba jauhi dia. Apabila dia jauh, kita selalu mendoakannya.


Apabila dia dikahwini dengan orang selain kita, kita bahagia untuk dia dan redhai kehendak Allah s.w.t. Sayangilah seseorang kerana Allah. Segala yang baik datang dari Allah. Berserahlah. Segala yang buruk pula pasti punyai pelajaran yang baik buat kita. Bersabarlah. 

Sayangilah seseorang kerana Allah. Pelajarilah dari kesilapan kita yang lalu. Jauhilah sebarang hubungan yang haram. Jangan bawa orang yang kita sayang lebih dekat ke pintu neraka. 

Sayangilah dia kerana Allah dan kita tidak akan berani menyentuh atau memandangnya dengan pandangan yang jahat. Kita sangat menghormatinya. 

Sayangilah seseorang itu kerana Allah.. :) "


Saya lega...sebab saya dah melakukan perkara yang betul selama ni...
Walaupun awak tinggalkan saya...saya bangga.
Kerana saya tak salah di sisi Allah selama kita ber'kawan'..
Saye sayangkan awak, tapi saya juga mahukan redha-Nya.
Saye harap Allah pun bangga dengan hamba-Nya yang lemah ini.


Dan selama kita berkawan, banyak yang saya belajar...
Terutamanya macammana Allah mengatur tentang suatu perkara..
dan bagaimana Dia ingin mengajar kita melaluinya.
Dia mengajar saya tentang kesabaran, kepercayaan, berterus-terang...dan keredhaan.
Alhamdulillah saya amat2 bersyukur kerana kehendakNya yang menemukan dan memisahkan kita.
Kerana hanya dengan pengalaman kita belajar merasai, walaupun perit...


Bukan salah saya untuk tidak menjadi seperti pasangan2 yang lain...
Saya cuma ingin berlaku adil kepada bakal zauj saya.


Saya sayangkan awak kerana Allah.
Mungkin cara saya tak kena pada awak, tapi saya tak mahu menambah dosa yang sedia ada.
Saya doakan awak berbahagia dengan si dia...semoga hubungan kalian kekal hingga ke jinjang pelamin InsyaAllah. :')

Judika - Aku Yang Tersakiti

Assalamualaikum...

*tengah amik feel lagu ni*

Sebelum ni aku jarang menghayati bait-bait lirik lagu cintan-cintun nih..
Aku dengar melodi je, terus aku suka...
Tapi lately.....betulla....



Terdengar lagu ni kat Era...lagu ni menceritakan segalanya...apa yang dah jadi, situasi aku sekarang dan harapan aku sebagai seorang yang rela pergi demi orang yang aku sayang....waicehhhhhhh

Takde lagu lain dah, lagu ni je yang paling seswai.




Judika - Aku Yang Tersakiti

Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah kau kenal dia

Aku tiada percaya
Teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu
Yang telah kau ingkari

Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia
Walau tak bersama dia

Memang takkan mudah
Bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu
Yang telah kau ingkari

Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia
Walau tak bersama dia... dia...

Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia
Walau tak bersama dia...



eh dahlah...feeling lebih2 pulak dia...benda yang dah lepas usah dikenang...kan kan??
ambil pengajaran and hold your head up high ^___^


Friday 13 July 2012

Yay dah boleh minum susu putih!!

Tu pun nak kecoh ke?

Ye, memang nak kecoh sebab I wasn't a fan of white milk.
Bau dia, rasa dia...urghh.
Lagi2 dia punye aftertaste tuh..
Nak muntah wa cakap. siyes.

Dari kecik aku tak pernah minum susu tepung & fresh milk. Lepas bercerai susu masa umur 2 tahun lebih, mak aku try bg formula dalam botol susu..terus muntah2. Then mak try bagi milo dalam sippy cup..start tu la career aku sebagai satu-satunya peminum milo tegar guna sippy cup dalam 6 orang adek-beladek aku. (plus I still hold the record as the longest breastfeeding child. lol!)

aku dulu comei macam Truitt ni la.

~ sippy cup dalam kenangan ~


Nak dijadikan cerita..kenapa tetiba timbul kesedaran kena minum pure milk nih? Sebelum ni xheran pun kan?
Sebabnye..badan ni dah kurus sgt..dikhuatiri dahla isi la takde, tulang pulak tak kuat. Tagline aku kan tulang besi urat dawai...

Aku pun buat la research pasal org yang mempunyai kuat makan tp kurus sokmo aka supa-high metabolism ni. Basically kitorang kena jadi pemalas. Exercise pun kena kejap-kejap je. Makan kena at least 6 kali sehari, diselangi pulak dengan kudapan tuh. Kalori yang diambil kena 1500-2500kcal sehari, which I guess that means eat all you can eat. Ko hado??

Tapi yang paling penting...dan yang paling payoh aku nak buat..MINUM FRESH WHITE MILK AT LEAST 1 LITRE PER DAY. 1 litre perday for a week kalau nak tambah 1 kg dengan cepat.

Aduhhh susah beno aku nak buat2 ignore menda kat atas ni. Lalu aku pun start mencari susu putih or fresh milk yang sesuai...Dutch Lady, Goodday, dari yang fresh sampai fullcream sume aku try, tapi even kotak kecik pun aku takleh abeskan, guane nak togok 1 liter sehari? Muak. Nak muntah. Waduh gawat nih.

Then aku try Anlene Concentrate yg dalam kotak kecik yg kiut-miut tu..agak sedap, agak pekat, agak kuat rasa vanila dia and...agak kuat jugak aftertastenye...benda yang aku paling tak suka pasal susu ni adala aftertaste, yakni rasa yang tinggal terawang-awangan di dalam mulut..tu yang buat aku nak muntah tu..but since the calcium content is amazingly so high - about 530+mg dalam 1 kotak, I just endure it. Minum at least sekotak sehari.

Then, with His Will I bumped into my highschool crush through fb *ehemehem*..he is just graduating to be a doctor. After listening to all my probs he suggested Marigold HL. Katanye sedapla, bau wangi la, macam2 la dia dok gebang pasai susu HL ni..dah macam duta HL dah. *takpe awak hemsem boleh je jadi duta..ngeh3*

saiz 1 liter. amekkk. mak la ni..owang nak try kotak kecik jer..nasib baik sedapkan incik SH? hihiks~

Memula aku try satu suku cawan dulu (punyela sikit)..eh..apsal takde bau pun, pastu senang pulak dia lepas masuk tekak aku..haha dramatik btul aku nih..tapi betul...aku pun tak caya sebab rasa dia tak macam susu yang aku paksa-diri-selalu minum tu. Rasa dia light je, tak pekat sangat, tak cair sangat, dan yang penting THERE IS NO AFTERTASTE! AT ALL! aku suke aku suke ~~~!

Sedar tak sedar aku minum segelas besar terus. tanpa tutup hidung. hoho.

Yay! Saye dah jumpe susu saye! Ade can kasi naik berat sikit pasnih. Incik SH, bila pulak awak nak jadi ______saye?? *tetibe*

Dengan kehendak Allah, zara..dengan kehendak Allah. ^____^


Ameennnnnn.

posted from Bloggeroid

Tuesday 10 July 2012

Resepi: Tomyam Seafood yang sedap giler!

Haha takleh blah tajuk kan? Mesti ar nak gebang masakan sendiri, heheh.
Aku rase kan, aku bakalan menghapdate blog aku ni ngan resepi je la...(eh dah kenapa ko ni kejap saye kejap aku?)
sebab raser cambest je bila tulih pasal masak2 nih..hihi
lagi satu sebab aku suka makan, walaupun badan kuruih 'cikedingdingdong' bak kate adik aku yang nomborpat.

Hari ni puasa aku masak Tomyam Seafood ngan Paprik Ayam dan Sotong.

Soalan: Lauk jer? dua pulak tuh. sayur mane???
Jawapan: Sayur aku dah campur banyak2 dalam tomyam tuh, kobis ngan carrot. Paprik tu pulak aku masak sebab Papa takleh makan seafood sangat. (tapi aku tengok dia bantai semacam je tomyam tu..aduyai appaaaa ~~)

Tomyam ngan Paprik kali ni aku buat memang rase sedap giler kot, sampai ayah aku pun dok puji.
Maceh Pa..kombang idong den kojap.

Okeh, ni la resepi Tomyam Seafood Sedap Giler hasil eksperimen (eksperimen la sangat!) dan hasil mencampak ape yang hado kat dapurku itu..huhu

Tomyam Seafood Sedaaaaaap Giler! (4 orang)
12 ekor udang sederhana besar
4 ekor sotong putih sederhana besar (potong ikut suka)
1 liter air (campuran stok udang dan air)
1 biji carrot
1/4 biji kobis
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang merah (dibelah 4)
5 biji cili api
2 batang serai (dititik)
4 helai daun limau purut
1 inci lengkuas (diketuk/dihiris)
2 kiub Tomyam (aku pakai Knorr punye)
1 kiub ayam

Bahan Perasa:
2 sudu besar sos ikan/sos Thai Nampla
1 camca teh garam
1 sudu gula
1 biji limau nipis (diperah airnya)

Cara-cara:
1. Memula udang dibersihkan dan kepala & kulitnye direbus untuk dijadikan stok.
2. Didihkan air bercampur dengan stok udang tadi di dapur, dan larutkan kiub ayam.
3. Masukkan udang dan sotong, kacau sekejap, dan masukkan kiub tomyam pulak.
4. Bila dah larut kiub tomyam tu, masukkan carrot, kobis, cili api, bawang. serai, daun limau purut dan lengkuas. Kacau rata dan biarkan mendidih.
5. Masukkan bahan perasa. Sukatan yang diberi should be enough for 1 liter of kuah Tomyam tapi ikut suka korang la kalau nak tambah kemasaman, kemanisan, or kemasinannye ye.
6. Tunggu sehingga mendidih dan hidangkan.

Masak tomyam ni senang je, basically main campak dalam periuk dan tunggu mendidih je, dah siap ;)
Maybe yang Papa rase sedap sangat tu sebab aku bubuh kiub ayam & sos ikan tu kot.
Ye la, bersepah kot kiub ayam tu kat umah tapi bila nak pakainye ntah...haha
Sos ikan / sos Nampla tu aku baru belajar nak guna dalam masakan sebab ramai orang cakap masakan Thai sedap sebab banyak guna sos Nampla...nampaknye memang betul la. Sedap betul tomyam  aku kali ni, Papa ngan adik siap hirup kuah sampai licin terus!
Bahagianyeeee!

Above: Tomyam Seafood. Below: Paprik Ayam & Sotong

Haaa..resepi lagi satu nak bagi ni adelah resepi Paprik Ayam & Sotong style kedai makan pulak. Rasa dia sebijik cam kat kedai makan tuh. tak caya cube la..


Paprik Ayam & Sotong (4 orang)
2 cawan isi ayam (dipotong dadu)
1 cawan sotong (dihiris tak berapa nak nipis)
*aku guna perkataan cawan sebab tak reti nak agak berat dia. takpekan? ;)*

3 helai daun limau purut
1 biji carrot (dihiris bulat2)
4 batang kacang panjang (dipotong pendek2)
1/4 biji bawang besar (dimayang)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji cili api (diketuk)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu kicap manis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Goreng ayam dan sotong sampai masak tapi jangan sampai garing pulak.
2. Masukkan bawang, cili, daun limau purut, kacang panjang dan carrot. Kacau rata.
3. Pastu baru ler tambah segala sos, kicap manis dan air untuk kuah. Kalau nak kuah pekat dan likat air tu bancuh dgn tepung jagung sikit.
4. Kacau2 sikit. Dah siap! 

Rasalah. Sejibik cam makan kat kedai kan? Yay!!

Monday 9 July 2012

Resepi: Ayam Panggang Madu (versi sukehatimaknak).

Assalamualaikum...haluuuuuuuuu~

Hari ni saye puasa...so hari ni menu dinner special la sikit, heheh.

Tadi untuk berbuka kitorang masak Lala Goreng Cili Padi & Ayam Panggang Madu. Sukahatimaknak tu sebab saye pakai amek je benda yg boleh dimakan kat dapur tuh masuk dalam ramuan perap ayam nih..

First time panggang guna microwave plak tuh..mujur sedap.
Isi lembut jer & betul2 savoury & juicy sebab dah kena perap 3 jam! haha
Nak try?

Ayam Panggang Madu Sukehatimaknak (3 orang)
500g ayam (saye suke kulit, so takyah buang kulit, ngeh3)
Mini potatoes - 10 biji (nak pakai kentang biasa pun boleh, of course ^__^)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
2 sudu besar air

(Bahan ditumbuk)
Bawang putih - 4 ulas
Bawang merah - 6 ulas
Halia - 1 inci
Lada Hitam - 1 sudu besar
Serbuk Maggi Secukup Rasa - 1 sudu kecil
Serbuk lada putih - 1 sudu kecil
Garam & Gula

Cara-cara:
1. Mula-mula bersihkan ayam, dan cucuk2 ayam tu dengan garfu sesukahati supaya bahan perapan cepat meresap ke dalam.

2. Bahan yang dah ditumbuk campurkan dengan sos tiram, madu, dan air. Gaul sampai sebati.

3. Sapukan pada ayam dan biarkan dorang terperap dalam bekas bertutup at least setengah jam. Tapi kalau nak lagi sedap suka2 kan hati korang untuk perap laaaaagi lama okeh? huhu

4. Kentang pulak dipotong ikut sukahati dan direbus hingga sedikit empuk. Jangan empuk sangat sebab nanti bla cook together2 ngan ayam tuh, nanti pecah berderai pulak..dah tak santek.

5. Bila rasa macam dah lama je ayam tu terperap dan rasa lapor bebenor, bolehla amik ayam2 tu dan susun dalam pinggan bersama dengan kentang tadi..bakar dalam microwave selama 10-15 minit.

6. Semasa pembakaran, cek ayam selang 5 minit, balik-balikkan biar masak sepenuhnya.

Pastu bila dah siap masak ayam korang jadi la macam ni..

Ayam Panggang Madu Sukehatimaknak

Sodap weh makan ngan nasik panas2..tetiba ade plak sambal belacan dan ulam potai waduhhhhhhhh!

Sunday 3 June 2012

Kenapa?

Assalamualaikum.

Nak mengadu ni..

Kenapa..kenapa?
Awak yang tinggalkan saya, tak mahukan saya tp kenapa hanya lepas 3 minggu dengan dia awk sms saye semula??

Kenapa dengan awak nih?

Sebagai seorang perempuan yang mengerti perasaan perempuan lain (yakni gf baru awk) bila bfnye msg merayu/manje2 kat ex-gf, sy TAKKAN REPLY LANGSUNG.

SAYA DELETE TERUS WITHOUT EVEN READING THEM.

BECAUSE THEY SENT SHIVERS TO MY SPINE.

Saya masih sayangkan awak sbg seorang insan..tapi cukuplah..

I'm not giving up, it's just that I realized I had enough of all this crap.

Loving you as a future partner was painful. Twice hurt already, not gonna experience the third one.

posted from Bloggeroid

Wednesday 23 May 2012

Ubat Penyakit Patah Hati :)

Assalamualaikum..

Latelykan kite patah hati,
so kite buat la macam2 untuk distracting fikiran kite...

Yang ni kite jumpe dalam majalah Solusi #42: Istikharah..
Kebaikan membaca Bismillah..

'BISMILLAHIRRAHMAN NIRRAHIM
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)..'

Banyak khasiatnye yang dikupas dalam artikel tu, tapi yang paling buat kite tertarik adalah, salah satunya ia boleh merawat sakit dalaman yang tak tertanggung..cara membacanye macam ni:

Sambil pegang tempat yang sakit, baca Bismillah 7 kali..
Kemudian diikuti dengan doa ini sebanyak 3 kali..
(tak mampu nak hafal dalam bahasa arab, terjemahan je la ye)

"Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dan kekuasaanMu dari segala kejahatan yang aku takuti dan dapati."

Kite praktikkan doa ni setiap kali lepas solat...

Kite sakit ape? kite sakit hati la, hehe..nak mintak dengan Allah supaya pelihara hati kite ni untuk terus kuat walau dimain2, dipijak2..kite cari denyutan jantung kat dada ni & baca doa ni bersungguh2..kite yakin Allah pasti tolong hambaNya yang serba serbi kekurangan ni :)

Sekarang..syukur Alhamdulillah sangat2..hati makin lama makin tenang, makin redha, dan makin dapat memahami hikmah di sebalik kejadian yang berlaku..

Alhamdulillah. :)




'The way of gaining love is by giving it away, unconditionally.'
posted from Bloggeroid

Tuesday 22 May 2012

No Connection.

Assalamualaikum.

Internet streamyx kat umah takde. Using mobile internet right now.

I guess it is time to latih diri untuk jarang berfesbuk.

Disebabkan xde tenet, guwe udah khatam 18 episodes of Survivor 22, hehe!

'Well done dear! Now u know how to distract yourself from that stupid breakup! Proud of ya! *pat on d shoulder*

posted from Bloggeroid

Friday 18 May 2012

Risau Yang Amat..

Assalamualaikum dear blog.

Semalam aku menyaksikan dgn bijik mata sendiri benda yg selalunya kita tengok dalam drama je..

SUAMI PANAS BARAN PUKUL ISTERI YANG TENGAH MENGANDUNG.

Astaghfirullahal'azim..

Mujur aku kesabaran aku tinggi malam tu..si suami tu aku nampak kecik beso kecik beso je..sebagai org yg pernah jaga dia dr kecik, rasenye memang patutpun dia makan buku lima aku, tp masalahnye mak aku plak ade kat tempat kejadian..xdpt la nak luku2 kepala si suami secara 'live'. Mak aku cam biase ar, cara dia,nasihat, nasihat, nasihat..bila si suami menjawab siap mengugut bini dia tu yg buat aku panassss. Tak makannye dia dengan nasihat mak tu..orang darah muda, baru 18 tahun dah disuruh kawen. Panas baran lak tuh. Gila. Lainla kalau Papa yang sound.

Kesian bini dia..mujur ade kitorang..aku & mak paksa si bini tido umah kitorang malam tu walaupun dia keberatan-sbb takut si suami pukul lagi teruk..aku cakap kat dia, kalau dah suami macam tu buat ape nak ikut? macam menyerah diri ke mulut rimau je..dah la mengandung 8 bulan...ce fikir diri sendiri & anak dlm perut..kalau arahan suami boleh membawa ke arah kemudaratan diri sendiri watpe nak ikut? Adehhh..

aku tak tau la perbuatan kitorang ni salah ke tak sebab masuk campur soal rumah tangga dorang..tapi satu benda yg aku pasti, kalau boleh aku nak selamatkan si bini dr jadi mangsa pukul, tampar si suami...sebab..

yang dia kandungkan tu CUCU SAUDARA aku.

p/s: honestly sebagai seorang perempuan, aku xlembut manapun.. cuma aku pantang bila kaum aku dikasari, aku mungkin bleh jadi kaki pukul. masa tu rasenye sifat sabar pun dah hilang ke mana ntah.

posted from Bloggeroid

The End.

Dah putus. The end. Mungkin si dia boleh beri awak apa yg sy tak boleh. Mungkin sy yang terlalu menjaga batas pergaulan sehingga awak menjadi bosan..

Apapun sy doakan yang terbaik untuk awak dan dia..kerana..sy tetap sayangkan awak kerana Allah..

'La tahzan sayang. Allah ada. Mengadu padaNya.'

Alhamdulillah aku kuat.

posted from Bloggeroid

Monday 14 May 2012

Navy Day ~

Assalamualaikum..

Malaysian Navy Day was on 27 April ago..maka drive la guwe ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang pd Ahad, 29 hb atas undangan incik Comot..

" awak tanak dtg ke? datangla cini, tengok kapal..awk jugak yg bayar cukai beli kapal2 nie..hehe"

Hmm..teringin gak nak tengok..huhu

Around 3.15pm tiba la guwe di Mawilla 1..tapi terlambat la pulop, coz kapal incik Comot bukak sampai 2.45 je..adeh..incik Comot la ni, xbagitau awal-awal..dah kena naik kapal lain..maka guwe pun panjatla 3 kapal - KD Pahang, KD Pendekar & KD Perkasa...

4.45 pm...
Tunggu punya tunggu punya tunggu...tak dapat-dapat lagi den nak jumpa buah hati den yang kuat majuk ni..bila tanya, katenye dalam kapal, kena stay sebab nak tukar parking dengan kapal APMM...

pastu bila dah siap parking dia still tak turun-turun jugok..maka si comel ni bertanyalah lagi..katenye kena tunggu KD Pahang parking sebelah pulak..hadoi..kalaula kapal tu geraknye macam keta kan senang..huhu

10 minit...20 minit...30 minit...

5.45 pm...
Aik..awatke pelik bebeno Pahang ni dok gerok2??

"Awak, bakpe dok gerok pum kapal nih??" *sedikit bengang di situ, maka terkeluar sms versi klate meta*


"Lambat lagi tuh, sy pun tengah tunggu ni.."

Adei...

Maka daku menunggu lagi dengan penuh sabar..dan akhirnya KD Pahang berjaya gak diparkingkan lebih kurang pukul 6.35 pm..

Tengok jam..almost maghrib..langit dah gelap macam nak hujan..keta aku je seko-seko kat tempat parking sambil diusha2 oleh abang-abang navy & abang-abang bomba TLDM...adeiyai..manela budak comot ni..guwe udah segan ni...mesti budak2 tentera ni fikir,

"Minah ni tanak balik ke? takkan semangat betul nak jumpa pakwe..balik semayang maghrib la cik adek oiii~!"

Masa tu rasenye macam dah lewat sangat..aku fikir nak balik je, xdapat jumpa si comot pun takpela, nak wat camne..last jumpa pun Januari hari tu..hmm sedih gak..macam takde harapan je coz dari tadi asyik kena stay kat kapal..tak dapat jumpa la lagik :(
Tiba-tiba...*sms*

"Awak, nak balik dah ke? Janganla balik lagi..tunggu sy kejap..nak bagi barang nie ~awak bleh datang cni? keta sy jauh sgt la dari kapal nak gerak ke tempat awak.."

Maka dengan semangatnye guwe pun drive ke dalam, menuju ke KD Terengganu..mak aih besaunye..keta den ni cam nampak besar tungau je ha. heeee ~

Kelihatan sesusuk tubuh sasa *eceh!* berkulit gelap berbaju putih berjalan menuju ke arahku..jeng jeng~ tudio incik Comot saye! Tapi nampak cam dah err..berisi la yang..huhu..

Disebabkan kesuntukan masa & ramai benor geng-geng kapal yang mengusha maka pertemuan taklah begitu lama...but it was meaningful to both of us..at least we able to see and remember each other's face for how long i dunno..i guess being in this type of relationship with this kind of guy with this kind of job teaches u to appreciate everything & be contented with what u have ;)

So...incik Comot gave me a goodie bag..special from KD Terengganu. Got a cool '174' black cap & a notebook inside.
PLUS +++ perfume he bought for me earlier..amboi, pandai awak pilih..




Sayang awak Mr Navy :)
posted from Bloggeroid

Via Henpon

Baru nak try update blog guna henpon, cuba try test!

posted from Bloggeroid

Tuesday 27 March 2012

Signature.

Assalamualaikum...

Yay! baru reka signature sendirik tapi.........



hok background putih tu takleh kasi transparent ker? Rasenye dah tick doh option 'transparent' kat box tu.




alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....


uhuk  :(


Monday 26 March 2012

Pakwe No.2

Assalamualaikum...

Baru je dapat berita dari mak dia...alahai masuk wad pulak pakwe aku nih...

Since hari sabtu...masuknye pukul 4 pagi...alahai ciannye sayang kite ni...badan panas giler sampai 40 darjah. When refer to specialist he was diagnosed with high fever plus throat infection. Aduwalaweiyai...kurus la kurussssss.....

Semoga cepat sembuh ye sayang..


Incik budak bucuk pun pernah rasa tergugat dengan kehadiran dia nih..cuak giler biler dapat tau mamat ni nak datang rumah, pulak tu dan2 je nak datang bila dia nak gi sailing, haha (memang he felt helpless la kan)..
Aku yang bijak pandai dan comei *ehem* pun saje nak mengetest kecuakan si budak bucuk, saje bikin saspen, cocok sikit tang sana, cocok skit tang sini, kasi brader tu cuak lebey...haha ;P

-

-

-

-

-

-

Sekali dia dapat tau pakwe no.2 aku ni baru 8 bulan daaaaaaaaaaaa...

   
~ Mohd Aideel Rayyan ~ 

"wat saspen jer...ingatkan ade orang nak merisik awak ke, aper ker.." - budak bucuk

HAHAHAAHAHAHA! Lu kena beb. yeszaaaa.

p/s: I love you Aideel..owh, and you too dear ^___^

Kerja.

Assalamualaikum...

Counting days till my last day working here.

Bestnye la kalau dapat jawatan tetap kat sini. Dekat dengan rumah, dengan parents, dengan orang yang tersayam...kalau kahwin pun nak sewa hall besor tu all-in price RM 1,000 net jer, haha ;P

Ekceli banyak benda kena selesaikan hari ni -

  • kena ngajor Wanie SPSS
  • siapkan slide presentation boss (baguihnye la jadi boss, suruh je orang buat keja dia)
  • cari map umah asha yang saye dah wat hilang kat opis neh. hukhuk
  • potostat sijil and dapatkan pengesahan bla bla bla..

my exact face right now..comelnye same je..kalau lain pun saye comei lebih cikit. ehee

adeh malasnye...eh..bila ko nak gemuk ni aa? makan hati ek?? *tetiba*

p/s: "kurang agresif. tak macam 2 years ago." doh tu camne nak jadi agresif kalau nature kerja yang boss bagi kat kite asyik documentation jer...hmmph. ce bagi kerja macam 2 years ago tuh, confirm agresif takyoh minung redbull doh. hehehehe

Imam Muda...

Assalamualaikum...

He whom I choose to be my husband (insyaAllah)...seems so near yet so far..kadang-kadang terfikir jugak kenapala kite suka & sayang sangat kat dia ni...and tanak orang lain...nak cakap couple, bukan couple, sbb kite tak berape gemor ngan istilah pengkapelan nih...dia tahu kite pilih dia sebagai husband & katanye dia bersyukur sangat kite pilih dia despite of everything he had done, his tough job and his sad relationship history. Still remember we start confessing that we like each other a month before his birthday, and everything seems so perfect.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah

Kite dah luahkan segala perasaan sayang Allah detikkan pada hati ni kepadanya. Kite dah berusaha. Kite yakin dia adalah pilihan yang benar, as u people have no idea how much I prayed to Allah to erased him from my heart before, but He still...i guess He still...reserve a piece of my love for this guy.

That Friday he went far from land to serve his job for 2 weeks. He left me here but I'm COOL. hehe. I guess I'm used to it. Less texting, less phone calls. This is my thing. Being abandoned do not harm me in any way.

Before this....

Friends keep reminding betapa teruknye dia layankan kite dulu, tinggalkan kite macam tu je without any word after he reconciled with his ex, yet why oh why I still want him? I don't blame them, they already did their job as friends, giving advice, be a good listener...but sadly what can I say...this is the matter of the heart...it's complicated...yes it's pathetic...maybe u guys should try to be in my shoes first then you'll know....

Compared to others, hubungan kami ni memang luarbiasa aka complicated. It is not exactly like what they called C.O.U.P.L.E or pakwe-makwe or gelpreng-boipreng or mama-papa (eww) or whatsoever. Mesej tak selalu, call lagi la jarang and I have no problem with that at all, seriously.

Because...

We know deep down inside we are reserving our heart for each other...and like what Abang RR said..

" Cinta yang sebenar adalah bukan takut untuk kehilangan, tetapi BERSEDIA untuk kehilangan. "

sweet kan? ^___^

I love him & he loves me too..We both want the best for each other and we intentionally make this JARAK hanya untuk mendapat keredhaan dariNya. ^___^

Kerana....

" Jika si dia yang aku pilih ini adalah jodohku yang Engkau tetapkan sejakku berusia 4 bulan di dalam kandungan ibuku, maka Kau peliharalah dia, Kau tenangkanlah hatinya, Kau persiapkanlah dirinya agar dapat membimbingku ke jalanMu. Kau permudahkanlah hidupnya dan Kau jadikanlah dia anak dan bakal suami yang soleh. "

Tetapi...

" Jika dia bukan untukku...Kau kurniakanlah pasangan yang lebih baik buatnya. Kau perbaiki dan Kau tenangkanlah hatiku agar dapat terus beribadat kepadaMu. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. "


Ameen.

Teringin nak amik gambar camni. ehee ;P


Saya sayangkan awak kerana Allah. ^____^

p/s: susahkan nak cari lelaki yang tak merokok, suka masak (walaupun tak cedap) and boleh jadi imam?

Sunday 25 March 2012

Yesterday..

Assalamualaikum...

Semalam baru la budak bucuk tu reply message...hmm, busy sangat ke dia? Takpela, asalkan reply. Yela, cakap haritu belikan kita hadiah kat Singapore, tapi dok bagi-bagi pun...sampai kite plak kena mesej dia..

"Assalamualaikum awak...saye bukan gelojoh tapi...perfume yg awak kata beli untuk saya tu bile nak bagi? ehehehe *menaip sedikit gelakan di situ untuk mengurangkan ketegangan*"
(Thursday, 8.15pm)

.................................................

"Haha...okey2...nanti saye bagi yer...sorry lambat..hehe.."
(Saturday, 1.00pm)


Memahami tak saye ni? Saye tak marah pun kan dia lambat reply. Walaupun saye tau hari2 dia online fesbuk tapi saye still tak marah pun kan? Baiknye la saye. Kekadang terpikir gak budak bucuk ni pakai BB canggih, takkan la tak perasan mesej orang tersayang kat fb ke, inbox ke..takkan la orang tersayang ni kena pakai BB gak kotttttt...kang BBM awok sokmo serabut otak pulak awak kan. Saye faham awak..saya still boleh sabar lagi....walaupun banyak kali doh awok buat gini ke saye (tu dio kuar dah loghat. heehu)...

Sebab? 

Kalau marah buat pening kepala je. Takpe, kita tengok sampai bila dia buat camni...kumpul2 insiden dulu, catat dalam diari ke hape, nanti senang, sound direct sekali je terus, bagi sentap. dok gitu? eheehehe



p/s: patut ke saye hanta mesej kat awak pakai botol, pehtu hanyutkan ke laut? dokpun guna burung merpati?? at least ada la sebab yang nyata kenapa lambat dapat reply. heheh.

Friday 23 March 2012

Gloomy

Assalamualaikum...


Today is the day..the day of Mak & Papa's departure. Yesterday was gloomy too, but not cloudy as today. I wonder why I didn't cry like my big sis...and for once I think myself as a keras hati woman. Rasa nak nangis tapi macam ada something yang halang.

Today, called Mak once early in the morning, but because of the current situation at the airport, we couldn't talk for long. I kept myself busy and until 11am I was like, 'Mak!' and called her again. Lega rasa bila dengar suara dia..as I thought I was too late for final conversation before her & Papa left for Makkah. Still didn't cry...until...I asked her to pray for me...and I mean it...pray for my future husband, dipercepatkan jodoh, dimurahkan rezeki & diberi kebahagiaan...