Thursday 16 August 2012

Resepi: Siakap 3 Rasa

Menu berbuka puasa semalam. Berjaya memperbaiki masakan 3 Rasa yang sebelum ni Papa komplen tak berapa nak 'kick'. hehe..kali ni alhamdulillah sampai tak cukup :D

Siakap 3 Rasa

1 ekor siakap besar punya
1 labu bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 inci halia (hiris halus)
10 kiub nenas (potong dadu)
1 biji cili merah (hiris nipis)
1 biji tomato (potong dadu)
5 biji cili api (diketuk)
6 sudu besar sos cili thai
6 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Bersihkan ikan siakap dan belah sikit di bahagian atas kepala.
2. Garam kunyitkan ikan dan salutkan dengan tepung jagung sebelum digoreng garing. Setelah garing ketepikan.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang dan halia sampai layu.
2. Masukkan sos, tomato, nenas dan cili api. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah dan bancuhan tepung jagung dengan air. Kacau sehingga pekat dan perasakan dgn gula dan garam. Curah atas ikan siakap tadi. Shiapppppp!

*kalau suka lagi masam boleh letak lebih sos tomato atau cuka yer ;)
*disyorkan letak nenas sebab memang sangatttttt la sedap!


Kuah banjirrrrr..ikan lemas sudaa
posted from Bloggeroid

Tuesday 14 August 2012

Resepi: Cornflakes Madu

Kuih wajib dan yang paling senang menjelang raya. Tapi aku pun tak sure sempat ke dok sampai ke raya kuih ni sebab kat rumah ni ramai hantu cornflakes. hihi

Cornflakes Madu
1 kotak besar Kellogs Cornflakes
Setengah buku butter
5 sudu gula pasir
3 sudu madu
Semangkuk kecil/sepaket badam cincang
Semangkuk kecik kismis (dicincang)
Semangkuk ceri merah (dicincang)
Papercup kecil

Cara-cara:
1. Goreng kejap badam cincang supaya rangup.
2. Cairkan butter, gula dan madu dalam kuali. Masukkan cornflakes & badam dan kacau rata.
3. Angkat dan gaulkan bersama ceri dan kismis.
4. Letakkan dalam papercup dan bakar dalam microwave pada suhu 'medium low' selama 2-3 minit.
(ikut microwave korang macammana, try adjust suhu yg sesuai supaya adunan cornflakes tu melekat antara satu sama lain)
5. Selepas keluar dari microwave, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara ^___^

Cornflakes Madu

*aku guna microwave sebab oven boleh rosak pulak last menit. ish ish ish...tapi pakai microwave lagi cepat dan senang ~!

Resepi: Kari Ikan Tenggiri Kaw!

Sejak menjadi penganggur berjaya nih, boring dok umah..lagi bulan pose...
Tapi bagus jugak sebab the positive thing is finally aku dapat asah skill memasak...

Tadi buka puasa masak kari ikan tenggiri, sambal tumis tempoyak ikan bilis, pucuk paku masak lemak...kakak ngan abang ipar makan sambil geleng2 kepala...kakak kate pelik sebab sedap sangat..haha
Pergh...aneh...first time kakak aku puji, sebelum ni takde pun..
aku pulak taktau rasa kari tu sedap ke tak sebab aku masak je, yang tukang rasa ayah aku *time bulan pose, rasa sambil ludah berkali2 la, takut tertelan, hehe*
Lagipun aku tak suka kari ikan ke gulai ikan ke, ikan masak stim ke, 
"kite cuke ikan goyeng tajeeeee"<-----ikut pelat Cikandar

Kari Ikan Tenggiri Kaw~~! (7-8 orang)
*sorry gambar takde, tak sempat nak ambil. huhu*

1 ekor ikan tenggiri
1 paket kecik serbuk kari ikan Baba's
Pes rempah kari & cili kisar (kat pasar basah selalu ada)
1 labu bawang besar (belah 4)
2 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji tomato (belah 4)
2 tangkai daun kari
Kacang bendi
1 cawan air asam jawa
3 senduk santan pekat
500 ml air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Bersih dan toskan ikan. Tak payah buang insang sebab biasanya tenggiri insangnya dimakan jugak.
2. Panaskan minyak dan tumis daun kari, bawang merah dan putih hingga layu.
3. Masukkan pes rempah kari, serbuk kari ikan Baba's, dan tumis hingga naik bau.
4. Masukkan air, air asam jawa, bawang besar dan tomato. Kacau rata.
5. Masukkan santan dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
6. Setelah mendidih, masukkan ikan dan kacang bendi. Biarkan mendidih & siap untuk dihidang.

Yang buat kari ni kaw & pedas sbb extra pes rempah tu...nasib baik papa beli..buatnye kalau disuruhnye masak 1 kilo ikan guna peket kecik tu je memang tak puas hati la kan. Pape pun homemade rempah memang terbaek!! Nak tau camne buat rempah kari ikan sendiri? Senang je...hehe

Rempah Kari Ikan 
5 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis/kasar
Setengah sudu teh jintan putih/halus
Setengah sudu teh lada hitam
15-20 tangkai lada kering
1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan-bahan kat atas (kecuali serbuk kunyit) sume digoreng tanpa minyak sehingga naik bau. Pastu blend halus, tambahkan serbuk kunyit dan simpan dalam bekas kedap udara. :)

Monday 6 August 2012

Leftenan Komander Datuk Lee Chong Wei, You Are Our Hero!!

HERO KITA!!!!!! *tepuk tepuk*

Assalamualaikum..

Semalam adalah perlawanan akhir hero badminton kita, Datuk Lee Chong Wei (DCLW) menentang musuh tradisi, Lin Dan 'Injert'...korang konfem2 dok berkumpul depan tivi sambil jadi coach simpanan semalamkan? huahua...cakap orang aku pun sama daa...

Macam biasa, kalau DLCW lawan Lindan memang aku ade risiko kena hat-etek. berdebor-debor nak luruh jantung den...dan akhirnya semalam kita menyaksikan DLCW terpaksa mengaku kalah dengan incik Injert...hukhuk...tipu la kalau aku tak sedih...satu mesia sedih...tapi DLCW lagiiiiiiiiiiiiiiiii frust & sedih...sedih aku tengok dia sedih sampai menitiskan air mata...asyik mintak maaf je kat Twitter & dalam interview...wuwuwuwu T_________T

sedih2 mane pun kita, dia mesti lagi kecewa..yedok?


It's okay DLCW, we Malaysians will always be your loyal supporters. You did great yesterday! It doesn't matter whether you win or not, you are still our hero! Under the name of badminton you unite us despite of gender, race & religion and we can't thank you more for that. WE LOVE YOU DATUK LEE CHONG WEI!! MALAYSIA BOLEH!!!*terlebih fangirl sudaa...ade aku kesah???*

Sebenarnye aku kesian kat DLCW...bila la BAM nak wujudkan pelapis mantap untuk hero kite ni..asyik harapkan DLCW je yang dok pungut emas, macam team Portugal harapkan si Ronaldo je *tetibe*. Dalam mana2 sukan pon la, squash ke, menembak ke, lumba basikal ke, kalau dok asyik harapkan sorang atlit mantap dan yang sorang tu je la kumpul pingat tak ke mana la industri sukan negara Malaysia ni.
Lagi satu aku tengok orang Melayu macam kurang je yang main badminton nih...Chinese je ramai? Takkan nak main bola sepak je kot? Hmm...aku ni kalau tak patah tangan hari tu ntah2 dah join team badminton Mesia kot eheheheee...tapi nak buat guane, dah 'injert'...doktor tak kasi main guna raket beria. dok umah main guli je la  T______T

SALUTE! Leftenan Komander (Kehormat) Datuk Lee Chong Wei (PSSTLDM)


Kenapa tajuk entry kat atas ada gelaran 'LEFTENAN KOMANDER'?
Haa...buat kamu2 yang kurang tengok berita & kurang bace suratkabar, pada 1 Mei lepas DLCW dah dilantik oleh TLDM sebagai Pegawai Kehormat dalam PSSTLDM (Pasukan Simpanan Sukarelawan TLDM), yang membawa gelaran 'Leftenan Komander (Kehormat)'. Perlantikan ini adalah salah satu langkah untuk menarik minat golongan profesional untuk menyertai PSSTLDM. Perlantikan DLCW is a smart choice bcoz smart giler dia pakai uniform putih tu..men with uniform...i likeeeeeeee ~~ hihi.

Akhir kate, jom kite hayati ape yang dikatakan oleh sorang commentator ESPN ni:

"Lee Chong Wei is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts."


Dan ini juga:

Bye!



Thursday 2 August 2012

Resepi: Udang Masak Merah

Assalamualaikum blogwalkers yang someyyy..

Dah masuk hari ke-13 dah kan kite berpuasa? Kejap je...

Hari ni lauk berbuka adalah hidangan authentic orang Pahang, gulai ikan patin..
Tapi kite tak makan ikan patin, huhu...*tak cukup Pahang kite nih*
Papa yang masak, tapi bapakla awal dia masak, pukul 1 dah siap!
Time kasih la Appa sebab meringankan kerja sayeeeee ~

Oleh sebab tak makan ikan patin, kena la masak lauk lain..bukak peti den tengok ado udang..
Molekkkkkk. Pantau punye pantau bahan yg ade kat dapur nun den decide la nak buek Udang Masak Merah, or Udang Masak Pedas, or Sambal Udang. hehe..

Alhamdulillah, tersedap la pulak...licin adik-adik makan :)

Udang Masak Merah

Bahan-bahan:
20 ekor udang saiz sederhana
2 biji bawang merah - ditumbuk
3 biji bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
3 sudu cili giling
5 biji cili api (nak pedas tambah lagi) - ditumbuk
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
Sebatang serai - diketuk
Sebatang cili merah - dihiris
Sedikit air asam jawa
Secukup Rasa, garam dan gula

Cara-cara:
1. Bersihkan udang dan goreng separuh masak, ketepikan.
2. Dalam minyak goreng udang tadi, tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan cili merah, cili giling dan serai, masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam, cili merah, sos tomato dan sos cili. Gaul rata dan tambahkan air kalau nak lebih berkuah.
5. Perasakan dengan Secukup Rasa, gula & garam. Kemudian baru masukkan udang tadi. Kacau sekejap dan hidang.


Ache tengok tu..merioh beno kalernye..ehehehe



Pic Instagram yang buat followers terliur..

posted from Bloggeroid